SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG.............WELCOME TO SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG OFFICIAL BLOG

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaaan Chini 2 mula dibina pada tahun 2001. Ia terletak di sebuah Tanah Rancangan Felda dalam Daerah Pekan. Keluasan kawasannya lebih kurang 15 ekar. Kelulusan pemilikan tapak pembinaan sekolah ialah pada 21 Februari 2001. PAXIMAS Sdn. Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk pembinaan sekolah ini. Projek dilaksanakan secara Rundingan Terus “Design And Build”. Projek sekolah yang terbengkalai ini telah disiap sempurnakan oleh Tasklink (M) Sdn. Bhd pada tahun 2006.

Pada 06 Disember 2005, En Azman bin Ishak dan En. Borhan bin Hassan telah dilantik sebagai Penyelaras SMK Chini 2dan bertanggungjawab dalam urusan pembukaan, pendaftaran serta penerimaan perabut dan peralatan sekolah.

SMK Chini 2 mula beroperasi secara rasmi pada 03 Januari 2006 . Seramai 35 orang guru dan 684 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 telah mendaftar di sini. Pada 20 Januari 2006 Puan Hawiah bt. Chik telah melapor diri sebagai Pengetua pertama. Beliau sebelum ini bertugas di SM Dato’ Mahmud Mat, Pekan. Kumpulan guru dan pelajar inilah yang membentuk nucleus perintis SMK Chini 2. Semua guru dan pelajar ini dipindahkan dari SMK Chini. Pelajar tingkatan 4 yang ditawarkan hanya mengikut jurusan kemanusiaan sahaja.

Pada 1 Disember 2006, Pn.Hawiah bt. Chik telah bertukar ke SMK Sungai Putri Rompin dan tempatnya digantilan oleh En. Azmi bin Mohamad Noor sebagai pengetua kedua sekolah ini. Pada 16 Mac 2010, En Azmi telah bertukar ke SMK Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Pada 16 Mei 2010, kepimpinan SMK Chini2  telah diterajui oleh Haji Mohd. Azeli bin Puzi @ Fauzi sebagai pengetua yang ketiga di sekolah ini.