SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG.............WELCOME TO SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG OFFICIAL BLOG

Piagam Pelanggan

Kami warga SMK Chini 2, Pekan Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

v     Memastikan system pendidikan berjalan dengan baik di Sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat perpaduan Negara.

v     Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

v     Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.

v     Memastikan setiap guru dan staf sokongan sekolah sentiasa dapat memberi khidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

v     Memastikan kami sentiasa peka dan responsinve kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa/ penjaga serta masyarakat dan Negara.

v     Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

v     Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

v     Menentukan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

v     Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.