Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalan raya, langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu:
- Sila bertenang dan jangan cemas.
- Jika ada sesiapa yang tersedera, telefon 999 untuk bantuan.
- Jika tiada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
- Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
- Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
- Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
- Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu)
- Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insuran.pengendali takaful masing-masing.
- Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah bagi mengelakkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
- Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan kenderaan tersebut dihantar ke bengkel yang betul.
- Lapor kemalangan kepada polis dengan segera.
- Lapor kemalangan kepada syarikat insuran/pengendali takaful dengan segera walaupun tidak berniat untuk membuat tuntutan.
- Isi borang tuntutan dengan lengkap. Sebarang keraguan, dapatkan dapatkan khidmat nasihat daripada syarikat insuran/pengendali takaful.