SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG.............WELCOME TO SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG OFFICIAL BLOG

Jika berlaku kemalangan...


       
     


      Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalan raya, langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu:
  • Sila bertenang dan jangan cemas.
  • Jika ada sesiapa yang tersedera, telefon 999 untuk bantuan.
  • Jika tiada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  • Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  • Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  • Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
  • Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu)
  • Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insuran.pengendali takaful masing-masing.
  • Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah bagi mengelakkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
  • Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan kenderaan tersebut dihantar ke bengkel yang betul.
  • Lapor kemalangan kepada polis dengan segera.
  • Lapor kemalangan kepada syarikat insuran/pengendali takaful dengan segera walaupun tidak berniat untuk membuat tuntutan.
  • Isi borang tuntutan dengan lengkap. Sebarang keraguan, dapatkan dapatkan khidmat nasihat daripada syarikat insuran/pengendali takaful.




0 comments: